
Pentas mahasiswa atau kulit kosmetik –
percayalah, aku cekap membezakannya.
Di cermin bicara, hakikat dan retorik
begitu mudah untuk dipisahkan.
Ia hanya slogan – apabila kita
terlalu malu untuk bersuara
pada wadah yang luas terbuka mahupun
ruang kecil yang kian dikecilkan
atas nama teknikaliti dan ketertiban.
Lihat ke arah jendela yang di sebelah luarnya
pemandangan sejahtera merumpuni warna;
tiada apa yang perlu digentarkan
kerana mengkritik bukan mengutuk.
Kita mesti cekap membezakannya –
di atas pentas maknanya menerima dan memberi
bukan sekadar menadah telinga
di tengah majlis dan upacara.
Medan mahasiswa itu gelojak idealisme
didasari panas jiwa muda
pragmatik, peka dan terbuka minda
untuk menyetujui atau menyanggah
segala isu yang hadir mencelah.
Rifhan Rasuli, Oktober 2009
Dublin
Nikjoe Kata:
on November 10, 2009 at 5:34 pm
wah… saya betul betul terkesan dengan puisi ini. baru lepas menghadiri satu majlis luahan pandangan dan pungutan suara para mahasiswa, cuma kesalnya, saya tidak berani untuk tampil ke hadapan.
*sigh*
nadh Kata:
on April 26, 2010 at 4:48 am
very nice. u can express clearly from the poem. goin to write some soon
thanks for inspiring others.
Rifhan Rasuli Kata:
on April 27, 2010 at 2:53 pm
The poems you are to write… I wish to read it sometimes.