Penulis Not Lagu

Lihat aku di sini

sedang menaip di laptopku

lihat, seperti seorang pemain piano, bukan?

cuma jari-jemariku

bukan menekan not-not lagu

tetapi, dengan pantas

menyusun aksara

puisi-puisi yang sedih, sunyi dan bodoh.

 

Seperti memetik nota muzik

rimanya menyelimuti sebatang tubuh kerdil

di bumi yang asing

agar kejanggalan itu berlalu

di antara silhouette dan suasana.

 

Seperti pemain piano

aku cuma mengharapkan apa yang kutulis

hidup

mempunyai hati

dan ‘rasa’.

 

 

Rifhan Rasuli, Ogos 2008

Pekan, Pahang

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: