Archive for Januari, 2009

A Suitcase Full of Dreams

Myself 1: So, what is your wish?

Myself 2: If I have one… to start it all over again.

Don’t weep like a woman for what you could not defend as a man.

Advertisements

Terlalu Jauh

too-far-02

Malam festival itu

kita berjalan di laluan yang berasingan

kita sangat dekat, tetapi terasa begitu berjauhan.

 

Pandanganmu yang penuh dengan permintaan

kelihatan samar di sebalik gelembung-gelembung cahaya

yang kemudiannya bercucuran

di sepanjang lorong pulang.

 

Sewaktu mendaki anak-anak tangga

kita dipisahkan oleh langit malam

di tepi landskap yang kian tenteram.

 

Merenung jauh ke cakerawala,

aku menjadi semakin mengerti

hanya bintang-bintang yang tidak berubah.

 

 

Rifhan Rasuli, Januari 2009

Dublin

 

This is not my personal experience, of course. (I think) I have this gift of being able to ‘get into the story’ and feel, personalise and appreciate thoroughly things that I read and see. Sometimes it’s thrilling, and sometimes it’s painful, but somehow it always helps filling this helplessly monotonous life of a must-study-hard student. ~Sigh~ how pathetic…

 

Kemenangan, Langit dan Bumi

sky-and-earth

Mengapa kita sering menjulangkan tangan ke atas setelah diberikan kemenangan? Persoalan sebegini selalu hinggap di hati saya.

 

Kita bukannya dapat terbang ke angkasa yang luas, atau menjunjung langit tinggi. Tidakkah kita sedari, bahawa mereka yang menyerah kalah juga mesti mengangkat tangan, juga ke atas.

 

Di sini kita melihat perbezaan antara ketinggian dan kerendahan, antara tempat yang tinggi serta tempat yang rendah. Manusia sukakan ketinggian, mungkin kerana ketinggian bermaksud kehebatan dan keagungan.

 

Namun bukankah telah kita persetujui, bahawa kemenangan, kejayaan dan kegembiraan semuanya datang daripada Tuhan, yang maha hebat serta maha agung?

 

Maka tolonglah, dengan segala kemenangan yang kaudapati, di samping menjulang tangan ke atas, rendahkan kepalamu. Semuanya bergantung kepada imej dan persepsi. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

 

Keunggulan dan ketenangan bukannya diperoleh dengan cara terlalu banyak memandang ke langit, tetapi cukuplah dengan lebih banyak merendahkan kepala ke bumi.

 

(Pandangan saya sajalah)

 

 

Rifhan Rasuli, Januari 2009

Dublin

Dalam proses melawan ego

Obsesi

moon1

Sekeping piring kaca yang terbaring di atas meja

setia memantulkan sinaran bulan

seekor kelekatu terbang mengelilingi nyalaan pelita

lalu terbakar oleh ketulusannya

apabila senja tiba, jelaga hitam mula bertandang

mengelilingi teratak yang kusam ini

dan segala derita, segala ingatan

menjadi kertas-kertas koyak di bibir pantai

aku mendengar alam mula ketawa

secebis kekuatan seakan longgar di atas sayap merpati

namun setiap kali tangan semakin lemah

aku berbisik, ‘kuasa, kuasa, kuasa,’

‘menang, menang, menang.’

 

 

Rifhan Rasuli, Januari 2009

Dublin

Malam Sebelum Demonstrasi

demonstrasi

Tidurlah, wahai mata yang degil

malam sudah begitu larut

esok kita perlu bangun awal

kita buat sepanduk

kita pergi tunjuk perasaan.

 

Tidur, minda yang resah

digoncang kesesakan hidup

cuba mimpikan taman-taman indah

kita mimpikan pohon-pohon redup,

bunyi air terjun, gunung-ganang tersergam,

padang rumput menghijau, ombak yang damai,

dunia yang sejahtera, kehidupan yang permai.

 

Mimpikan orang yang kaurindui

datang dan memegang kepalamu, lalu mengucupnya

kita bakal terus tersenyum ceria

seluruh nestapa sirna dalam cahaya.

 

Esok kita perlu bangun awal

kita buat sepanduk

kita sertai protes, kita kecam kezaliman

(kerana itu sahaja setidak-tidaknya yang mampu kita lakukan)

kita kritik pemimpin yang korup

kita cerca semangat asabiyah.

Kita beritahu dunia bahawa

di sini, di bahagian lain di planet ini

tetap ada suara mendokong kebebasan.

 

 

Rifhan Rasuli, Januari 2009

Dublin

Kisah Karut Dari Masa Silam

gaza

(Gaza)

 

Cukuplah, berikan masa untuknya berehat

kisah ini terlalu panjang dan buat mereka yang berada di dalamnya,

kegundahan sudah cukup meletihkan.

 

Aku sudah penat, cukup,

bagi mendengar berita-berita buruk itu

berikanku sedikit waktu untuk mula memikirkan mimpi indah

dan menulis puisi-puisi tentang kecantikan.

 

Sejarah akan mencatatkan kemudiannya

bahawa segala cerita ini hanyalah

kisah karut dari masa silam.

 

Di antara irama enjin pesawat, letupan bom,

jeritan kesakitan dan tangisan duka,

langit petang yang berwarna jingga kelihatan mendung

dan angkasa menjadi semakin pudar

oleh kepulan asap hitam serta darah memercik

bagai kelopak-kelopak mawar yang bertaburan di padang pasir.

 

Di tengah kawasan yang dilapangkan itu,

sebatang tubuh sedang berlutut di atas tanah di tepi robohan batu-batu bangunan

dia memandang ke langit seraya berseru,

‘Tuhan, mengapa Engkau tinggalkan aku?’

 

Jawapannya ada dalam diri setiap yang merasai dan memerhati.

 

Begitu, sekali lagi pada saat ini

puisi-puisi yang ingin kujadikan cantik dan sentosa,

telah bertukar menjadi igauan ngeri tentang satu suasana

yang tidak kusaksikan tetapi dapat kurasakan –

bagaimana dengan anda?

 

 

Rifhan Rasuli, Januari 2009

Dublin

For the love of God and human rights