Archive for Februari, 2009

Tempatnya Bukan Di Hati

statue

Tidak pernah dalam pergelandangan ini

kita meninggalkan bilah-bilah peringatan

yang seharusnya tercicir di setiap penjuru.

 

Tugu memori kita nampak teguh berdiri

di atas retak rembulan

tegar memantulkan sedulang kegembiraan

detik bermakna bersulam senyuman.

 

Tangkai keindahan yang tergubah rapi

sering membawa kita ke mukim usia

agar menyandarkan jiwa dan kelegaan

pada segala yang kita saksikan.

 

Namun dalam mencongak hidup,

apabila realiti terjumpa pangkalnya

lahir bisikan yang persis membingkis:

bahawa tempatnya bukan di hati

sepatutnya, kini dan kemudian.

 

Di tengah kesedaran itu

kita biarkan sesaat kalbu menjadi beku

pada tujuan asal kehidupan.

 

 

Rifhan Rasuli, Januari 2009

Dublin

Secangkir Warna Lazuardi

beggar

Jalan perjuangan telah tertutup apabila

kami mencari kebahagiaan dengan cara

memalingkan kepala daripada realiti

kerana kebenaran terlalu pahit.

 

Jalan perjuangan telah tertutup, seperti

hati kami yang tidak pernah terbuka

untuk menerima hakikat dan menelan

segala kepahitan.

 

Lalu seluruh kebaculan itu menarik kami

jauh ke dasar penindasan

dan menjadikan kami pengemis

di kaki lima kehidupan.

 

 

Rifhan Rasuli, Februari 2009

Dublin

Journey of The Soul

dsc01490

 

La Mozqueta, Cordoba

 

‘There are times when a traveller becomes a poet.’

 

If people ask me what I’m looking for in this journey, perhaps the best answer is ‘I don’t know.’

 

We had a long journey. From Dublin, we went to Barcelona, Madrid, Toledo, Cordoba, Sevilla, Granada and Malaga before we boarded a plane back to Dublin.

 

All our intercity journeys in Spain were by bus. Such a long journey was understandably boring. I could not read much since reading in moving vehicles would make me feel dizzy. I could not write anything in my little scrap book since moving vehicles shook too much. But there was still an urge to write something, so I ended up typing some rough sketches in my mobile phone. I would say almost all that I wrote are meaningless, but still, I like them.

 

Aku mencari sesuatu yang tidak kuketahui

satu figura sedang termenung di birai balkoni

memandang ke lampu-lampu malam.

Pepohon kering dan kabus mengiring kami pergi

ke penghujung segala impian

kami bergelandang ke realisme bagi cerita-cerita

yang pernah kami dengar sebelum ini,

dan mendakap rimba kebenaran.

Di sana di mana seluruh hidup terhampar

di sepanjang laluan takdir,

kami memanjatkan doa dalam diri masing-masing

untuk terus melangkah dan menyemai pengalaman

lalu pulang tanpa terlalu banyak penyesalan.

 

Madrid, 30 Januari 2009

 

 

Jika matahari memancar dari sebelah kiri

dan menyilaukan mataku,

aku akan memandang ke sebelah kanan.

Jika matahari memancar dari sebelah kanan,

aku akan memandang ke sebelah kiri.

Dunia ini terlalu luas

sebab itu kita tidak pernah ditemukan

dan sebab itu aku tidak perlu takut

untuk memandang ke mana sahaja.

 

Aku ialah kayu yang dihanyutkan arus

buat seketika, menjadi tempat persinggahan

burung-burung yang terbang bebas di langit membiru

kerana kita masing-masing mempunyai

haluan dan takdir sendiri.

 

Madrid-Cordoba, 30 Januari 2009

 

In Andalucia, walking around La Mozqueta (in Cordoba) and Alhambra (in Granada), my first impression was that ‘looking at all these technologies and wisdom of Muslims in the past, I wonder why there are still Muslims today feeling inferior to the West and thinking those who hold to Islamic thought and practices will not be able to achieve development’.

 

Putting my hand on the pillars of La Mozqueta, the long history of pride and pain of Islamic civilisation in Andalucia loomed in my mind. So sad that they had to doom that way.

 

Kini kusentuh tiang-tiangmu

dengan tapak tanganku

biar kurasai zaman gemilangmu

biar kurasai segala deritamu

darah dan air mata

yang mengalir di sepanjang sungai peradaban

telah meresap ke dada langit

dan menjadi sekepal sejarah

yang tertulis di atas tapak tanganku.

 

Cordoba, 31 Januari 2009

 

The architecture in Alhambra is a genuine masterpiece. The walls, ceilings, gardens, fountains and so on seemed to be coming from another world – the land of magic and wonder.

 

However, somehow I sensed emptiness in it. Beauty – we have our own definition of beauty, and it pains me to say that its beauty could only make me admire it but failed to make me love it. When I say to love a particular place, I mean when I am there or think about that place, my heart would whisper, ‘I want to live in this place until the end of my life.’ That is the definition of beauty and love, at least for me.

 

Hari ini barangkali aku menyedari

bahawa tempat yang paling cantik

bukan di tengah taman-taman istana

yang dikelilingi tembok dan menara

atau kamar yang dihiasi siling serta dinding berukir

kerana kemegahan itu bakal tenggelam di antara waktu

sama ada ketika kebinasaannya

atau kebinasaan kita.

 

Tempat tercantik di dunia ini

adalah tempat yang paling biasa

apabila kita bersama dengan orang-orang yang kita sayangi

angin sedang bertiup, suria memancar segar dan suam

dan hati kita bercambah dengan keyakinan

bahawa kesementaraan ini bakal berbuah

dengan perasaan hidup ini telah terisi serta bermakna.

 

Granada, 3 Februari 2009

 

The 10-day journey ended as we left for Dublin. Then I noticed that I was really happy to return, because waiting for me is a place that I can call ‘home’. After Malaysia, Dublin is my second home, and I think, the happiest moment for a traveller is when he or she comes back to his or her own land, sees the familiar faces and sceneries and sleeps in his or her own bed.

 

Aku duduk di balai berlepas

terminal terakhir bagi perjalanan ini

dalam hidup yang mencekik, perkara yang sentiasa melegakan ialah

aku mempunyai tempat untuk pulang.

 

Rumah, dalam diri melahirkan rasa selamat

daripada panas, daripada kedinginan

dalam hati menumbuhkan perca-perca sentosa

aku pengembara berdarah dingin

yang pada permulaan perjalananku menyimpan mimpi untuk terbang

di tengah perjalananku merindukan tempat untuk pulang.

 

Malaga, 4 Februari 2009

 

Adios Espana.

 

dsc00818

Alhambra, Granada

 

(This article is co-sponsored by Ghusa dan Rakan-rakan Travel Agency Sdn Bhd)