Gelanggang Kangaroo

kangaroo

Engkau datang dan melompat di sini

memberikan hati dan harga diri

pada zaman yang sesak ini.

 

Engkau datang dan melompat di sana

memberikan soalan dan seribu drama

kami pula sudah begitu memahami

untuk tidak lagi melatah dan bertanya.

 

Kerana itu adalah lazim apabila

memerhatikanmu menjual dagangan

(iaitu kemuliaan dan kepercayaan)

yang berkilau bagai pameran

di halaman setiap tulisan.

 

Setelah habis kata dan bicara

semua akan bangun sambil terdetik

zaman ini, siapa peduli?

tentang segalanya yang boleh dibeli.

 

 

Rifhan Rasuli, Mei 2009

Dublin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: