Archive for Jun, 2009

Altitud

bray

Kabus nipis bagaikan awan sirus

membaluti pinggir pantai

menyelimuti tebing tinggi.

 

Kami yang memerhati tepiannya

dari puncak bukit

mulai berasa kagum.

 

Rerumputan, pokok-pokok kecil di tanah tinggi

turut segar melambai permai.

 

Ada kawanan burung yang berlegar riang

di bawahnya lingkungan perairan cetek

menampakkan bebatuan di dasar samudera.

 

Dari tebing tinggi,

bumi manusia kelihatan kecil.

 

Mengingatkan kami, bahawa

bagi-Nya yang melihat

dari tempat yang lebih, paling tinggi

kami semua maha kerdil.

 

 

Rifhan Rasuli, Jun 2009

Bray, Co. Wicklow