Pada Senyum Monalisa

monalisa 

Pada senyum Monalisa

aku tidak menemukan apa-apa

(barangkali kerana aku kurang arif

tentang nilai seni halus).

 

Ada perkara yang sediakala hebat

dan ada perkara yang ‘dihebatkan’

oleh manusia pada era berikutnya.

 

Senyum Monalisa – aku tidak tahu

jatuh di bawah kategori mana.

 

Perkara yang sediakala hebat, adalah seperti

ciptaan Tuhan.

 

Tidakkah senyuman anak-anak yang menyambut pulang

seorang ayah daripada seharian penat bekerja

lebih hebat berbanding segala senyuman?

kerana senyuman itu menghilangkan lelah.

 

Tidakkah senyuman seorang ibu di mata anak kecilnya

lebih hebat berbanding segala senyuman?

kerana senyuman itu memberikan ketenangan,

melenyapkan ketakutan dan kebimbangan.

 

Setiap senyuman, barangkali, jatuh

ke arah sentuhan peribadi.

 

Biar di dinding itu Monalisa tersenyum.

 

Biar di mata kita dunia tersenyum.

 

 

Rifhan Rasuli, 5 Julai 2009

Museum du Louvre, Paris

 

Nota: Gambar di atas ditangkap di Museum du Louvre setelah menunggu, bersesak-sesak dan meredah gerombolan pengunjung di galeri Monalisa dipamerkan

 

Advertisements

1 Komen »

  1. Umi Said:

    Ada pendpt mengatakan, senyum Monalisa tu spt sedang menanggung satu penderitaan yg tak mampu diselindunginya. Bila direnung, betul jugak…. itulah kejayaan si pelukis ni.

    Blog ni Fika yg jumpa, umi tak minat blog2 dah…. tapi tulis puisi rasanya boleh, malas je …… he,he,he


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: