Archive for Ogos, 2009

Melukiskan Rasa

DSC02321

Hujung penaku cuba memberikannya bentuk

tetapi bukan warna

kerana yang menyusun warnanya ialah

hidup yang sempurna.

 

Hujung penaku cuba memberikannya bahasa

tetapi bukan rasa

kerana yang menyulamkan rasa ialah

sebaris kebenaran.

 

Hujung penaku, yang dahulu

mampu melakukan apa sahaja

tiba-tiba jatuh di atas hamparan rumput.

 

Manakala aku, yang dahulu

mampu mencoretkan apa sahaja

tiba-tiba menjadi bisu.

 

 

Rifhan Rasuli, 21 Ogos 2009

Hyde Park, London

 

Advertisements

Dari Bendang

sawah 

Penghujung petang

menanti terlukisnya senja

di langit sore.

 

Dalam satu barisan

berjalan di atas tali air*

di bahu mereka mereka sangkutkan

joran dan mata kail.

 

Di dataran yang luas menguning

subur dan bening

di sana ada keringat yang tumpah

di sana ada kegembiraan

yang tidak terucap.

 

Haruan, atau katak-katak kecil

syurganya melunjur di kali yang jernih.

 

Selamatlah, selamatlah tersenyum

dari bendang sesiapa yang pulang

seumpama bisikan rindu

di bibir leluhur

menyatakan kesyukuran yang tiada terhingga.

 

 

Rifhan Rasuli, 2003

 

 

*Dari kejauhan aku memandang mereka seolah-olah mereka sedang berjalan di atas tali air

 

p/s: It’s hilarious to reminisce how not so long ago a young poet looked at the world just like an innocent child does – full with hope, eagerness and warmth. And just several years later his tone changed dramatically. Is it because he has grown up? Or is it because of his increasing doubt and prejudice? Perhaps it’s just the world around him that keeps moving on ~cough~