Ke Dalam Kepalanya, Dan Kehidupannya

mri film

Jauh di dalam anak mata lelaki itu

ada perasaan yang tidak terucap, tatkala

berpuluh-puluh manusia

sedang melihat ke dalam kepalanya.

 

Aku cuba memahaminya, sama seperti

sewaktu kucuba meneliti lingkungan luka

yang ternampak pada filem MRI otaknya.

 

Aku cuba memahami sama ada

renungannya terhadap kami bermaksud kebimbangan

atau keikhlasan membenarkan kami

mempelajari sesuatu daripada deritanya.

 

Aku mahu berdoa agar dia sentiasa sejahtera.

 

Aku mahu memerhatikannya tersenyum

bukan kerana jenaka yang kami timbulkan

tetapi kerana pengharapan yang bakal tiba.

 

Dalam diri kami ada pantulan kebingungannya,

ketulusannya, serpihan kewujudannya, impiannya.

 

Memang benar, kehidupan adalah berkenaan

nafas pertama dan nafas terakhir.

Namun itu bukanlah segalanya!

 

Kerana di antara dua nafas itu

ada kisah unik dan dramatik – sebuah realiti

yang menjadikan manusia

subjek menarik untuk difahami.

 

 

Rifhan Rasuli, November 2009

Dublin

 

Advertisements

1 Komen »

  1. Umi Said:

    Kelmarin umi ke hospital Ktn melawat emak makcik Idah sakit jantung dah 2 minggu. Di katil sebelah ada seorg pesakit buahpinggang /kencing manis yg jarinya kakinya dah dipotong dan pinggangnya ditebuk dengan wayer yg berselirat. Tak berani nak dekat…. Kesian betul…


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: