Waktu Gembira

Kesudahan tragik adalah kesudahan terbaik

begitu kisah yang dilukiskannya

tiada keajaiban

tiada kesaktian.

 

Seperti pohon kemboja merah yang berdiri di tengah halaman

kewujudan ini tiba-tiba memberikan perlambangan

lebih daripada sekadar kelahiran.

 

Lalu dia terdengar derap tapak kaki

yang memusnahkan setiap harapan,

 

dan dia terdengar irama mersik

daripada nota piano lama.

 

Lalu, kesudahan tragik melabuhkan tirainya

sebagai kesudahan terbaik

agar ia menjadi lagenda, dan meninggalkan

sisa-sisa ingatan tulus.

 

 

Rifhan Rasuli, Mac 2010

Georgetown, Pulau Pinang

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: