Di Dalam Menara

Di dalam menara pencakar langit

dia menjumpai barisan kedai

yang hanya dapat dijamah oleh matanya

takkan dia mampu membeli jualannya.

 

Ada pelbagai restoran eksotik

yang hanya dihidu bau masakannya

takkan dia tahu bagaimana rasanya.

 

Dia mengingati saat ini sebagai

kali pertama dalam hidupnya yang panjang

kakinya menjejaki menara megah itu.

 

Sewaktu melangkah keluar

hatinya dikusutkan oleh

desanya yang diselirati jalan berlubang

keluarganya yang dihimpit hutang

tangga gaji yang sukar berkembang

harga barang menjulang naik

subsidi pengguna terus ditarik

wajah kehidupan kian mencekik.

 

Dan di kampung kecilnya ramai lagi

si miskin yang tidak pernah sampai ke menara

sekadar terlopong melihat fotonya.

 

 

Rifhan Rasuli, 24 Oktober 2010

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: