Archive for Disember, 2010

Media Bersabda

Peristiwa berlaku dan direkodkan
oleh tinta hitam
yang berada di tangan mereka –
dakwatnya boleh menjadi apa sahaja.

Kebenaran pada zaman media bersabda
sering tersungkur jatuh
dan di atas robohannya,
kebenaran baru bakal tercipta.

Lalu kami disaran membaca
agar mengetahui isu semasa
sedang hampir tiap hari, di muka hadapan
mereka lambakkan dengan pemesongan.

Demikian sejarah dilontarkan
ke dalam minda manusia
demikian juga kami ditunjukkan jalan
hidup yang dipalit kepalsuan.

 

Rifhan Rasuli, November 2010
Georgetown

 

Advertisements