Archive for Januari, 2011

Res Ipsa Loquitur

Aku memberikan jawapan paling bodoh
bagi soalan itu
kerana seperti aku, engkau juga
telah mengetahui segala-galanya.

Cuma yang membezakan kita,
aku menyambut pedihnya kenyataan
dan bertekad setidak-tidaknya
tidak menentang kebenaran.

Sementara engkau terus berlari
mencari fantasi, mencari kompromi
pada sebuah kezaliman yang nyata.

Selepas mata dibuka,
kini tiba pula giliran hati –
banyak manusia enggan menerimanya.

Waktu realiti terhidang
bentangkan deria dan jiwamu
untuk hari ini, bukan esok atau semalam
untuk kehidupan yang kita perjuangkan.

 
Rifhan Rasuli, Januari 2011
Georgetown

 

Advertisements