Archive for Julai 31, 2011

Kota Perhentian

Dia memandang masa berlari
dari belakang jeriji besi
ketika maut menjemput
untuk berangkat meninggalkan persada
dunia baginya umpama penjara.

Sementara di luar tembok batu
gelak ketawa bersahutan
dunia merupakan taman-taman syurga
buat mereka yang terpesona
oleh keanggunan fatamorgana.

Kematian merenggut manusia
daripada sesuatu yang dibenci
atau segala yang dicintai
ia mencungkil makna perjanjian
diri terkapar di kota perhentian.

.
Rifhan Rasuli, Julai 2011
Georgetown

(Ilham daripada Alchemy of Happiness / Kimia Kebahagiaan karya Imam al-Ghazali)