Seutas Jam di Dasar Lembah

Buat seketika ia berkilau bagai meteor
sebelum menghilang ke dasar lembah.

Dan di atas lereng bukit
sang pengembara menunggu bunyinya menyentuh bumi
seutas jam yang dilontar jauh
padanya tersemat janji tidak tertunaikan
kerana dalam perjalanan yang panjang
setiap persinggahan terasa begitu singkat.

Di tepi panorama membisu
malam larut dan udara tepu
tiada suara kedengaran
cuma sayup angin selatan.

Namun dia ingin percaya
di bawah sana, di antara bebatu dan belantara
ia akan berdetik selamanya
membilang mimpi serta hasrat
yang sering terdampar dilambung hayat.

.
Rifhan Rasuli, September 2011
Georgetown
.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: