Archive for Februari, 2012

Laluan Kecil Di Tengah Taman

Imej

Dua susuk tubuh terpantul
di permukaan air
sewaktu kita meniti laluan kecil
di antara lopak dan kolam
di taman lama yang kelam.

Wajah kita kemudiannya kelihatan samar
di celahan daun teratai
bagai semalam yang terungkai
ditampar duka dan renta.

Meski kini, kelopak-kelopak tidak berkembang
dan burung tidak menyanyi girang
dan mendung melunturkan rona siang
kita tetap melangkah, menikmati setiap detik
kerana pemandangan sayu juga
sentiasa ada untuk dikagumi.

.
Rifhan Rasuli, Februari 2012
Georgetown