Archive for Julai, 2012

Jarak

Amat malang
jika kita harus dipisahkan
oleh jarak
kerana pada zaman ini
ia sepatutnya
kurang signifikan
bila ada internet dan telefon yang menghubungkan
bila ada pesawat jentera memendekkan perjalanan.

Zaman ini
tiada jarak terlalu jauh
bukan seperti Masa Silam –
berlalu dan tidak tercapai selamanya.
Hidup rezeki ketentuan Ilahi
mengapa perlu bersusah hati?

.
Rifhan Rasuli, Julai 2012
Pulau Perhentian, Terengganu

Dunia Bawah Laut

Kumpulan ikan aneka warna bertebaran
di ruang zahir, di antara jalur sinaran suria
yang hujungnya menyentuh lantai lautan
dan taman karang coraknya menakjubkan.

.
Rifhan Rasuli, Julai 2012
Pulau Perhentian, Terengganu