Archive for Mac, 2013

Khabar

SEMC 3MP DSC

Kami hanya mampu ketawa
mendengar khabar buruk itu
ketika takdir
mengibarkan panjinya
ketika alam mula berbicara
dalam goyah peralihan cuaca.

Tanah ini kemudiannya
menjadi sekuntum harap
menjadi warisan
tentang sebuah kehidupan
yang utuh diteruskan.

Berita malang yang menerpa
kami terima seadanya
dalam reda dan doa
semoga seterusnya
zaman makmur datang menyapa.


Rifhan Rasuli, Mac 2013
Kuantan