Di Birai Katil Antik

bed

Aku faham benar apa yang cuba dimaksudkan
ketika kaukatakan: semua manusia akan menjadi tua.
Di birai katil antik, mataku terpandang
sekujur jasad yang menjadi penumpang
gerabak waktu
kian hampir ke destinasi dituju.

Aku menjadi lebih faham, ketika kuperhatikan
segala-galanya dalam satu kesinambungan;
seluruh hidupmu
pengalaman, peristiwa, perasaan
berbingkah, bersatu, berlumuran
hingga sampai ke titik ini – di katil antik yang sugul itu.

Melihat semuanya dari kesudahan
hayat dirasakan tidak punya banyak pengertian.

Betapa kita ingin masuk syurga
tetapi tidak mahu mati;
betapa kita rindu bertemu Tuhan, Kekasih Sejati
tetapi tidak mahu mati.

Masa memberikan kita segalanya
ia juga mengambil semula apa yang ada
namun tanpa diduga, akhirnya
ia menitipkan satu-satu perkara yang kita kejari:
Kepastian – melahirkan sekuntum abadi
buat hati yang sering mencari.

 
Rifhan Rasuli, Mei 2013
Kuantan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: