Archive for Julai, 2013

Jalan Sehala Di Kota Kecil

road

Jalan-jalan sehala di kota kecil
membawaku entah ke mana
dalam hidup yang begitu singkat
dalam perjalanan yang sepatutnya singkat
tiba-tiba bertukar lama.

Perubahan sentiasa mengejutkan
apa lagi jika tanpa papan tanda
buat mengemudi tujuan hala.

Selamat datang pembaharuan
yang menyamarkan kenangan
yang kadangkala menjengkelkan
yang suatu hari
akan menjadi kebiasaan.
 

Rifhan Rasuli, Julai 2013
Kuantan