Archive for Januari, 2014

Baju Lama Yang Kupakai

1373627093_green_plain

Baju lama yang kupilih sendiri
kupakai sehingga hari ini
bertahun, melindung dari panas dan hujan
bertahun, memelihara dari keaiban
ia tabir ketika solat
buat diri rasa selamat.

Berapa banyak tempat telah kami kembara
ia saksi segala pengalaman suka dan duka.

Baju lama yang kupakai
akan terus kupakai
sehingga ia koyak-rabak
atau hilang tanpa kesan
kerana fungsinya tidak pernah berubah
untuk menutup tubuh dan menjaga maruah.

 
Rifhan Rasuli, Januari 2014
Kuantan

Advertisements