Archive for Julai, 2015

Sejambak Bunga Di Depan Pintu

IMG_20150716_171304

Sejambak bunga di depan pintu
tidak diberi oleh sesiapa
tangkainya melunjur mengekor cahaya
beralun-alun di tengah udara.

Esok lusa dedaun keringnya
dan kelopak-kelopak tua
bakal dimamah waktu
lalu luruh ke tepi pintu.

Tinggallah diriku
keluar masuk keluar masuk
tanpa perasaan
digelumang kesibukan.

 
Rifhan Rasuli, Julai 2015

Advertisements