Bintang Mengerdip

starry sky

(Yunus dan pasangan)

Kegembiraan yang kaupancarkan
dari matamu, malam itu
kini terpantul ke hati kami
yang turut hadir meraikan
sebuah majlis persandingan.

Di luar bintang-bintang mengerdip di cakerawala
dalam sejarah panjangnya ada kisah manusia
barangkali kurang signifikan, tetapi
pada kita ia sentiasa membuahkan erti.

Dan itulah yang terpancar di matamu –
bintang-bintang mengerdip
dalam hayat yang dipanjangkan
oleh pengertian dan kebahagiaan.

 
Rifhan Rasuli, 20 September 2015
Pasir Gudang, Johor

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: