Archive for September, 2018

Pergola-pergola Lama

abandoned pergola

Pergola-pergola lama di tepi jalan raya
membingkiskan wajah nestapa
sepanjang pemanduan
melepasi rimba dan ladang
landskap saujana mata memandang.

Tiang dan batangnya telah dinaiki belukar
namun sebahagian pepohon asalnya terus mekar
merentas masa
sesudah ditinggal sekian lama.

Sepanjang kembara
semua di kalangan kita
terus menjelajah lorong usia.

 

Jalan Temerloh-Bera-Muadzam Shah
5 April 2018

Advertisements