Yang Meneduhi

Membaca berita-berita dunia
dan menatap foto-foto yang memaparkan
pandemik, konflik, peperangan,
keruntuhan ekonomi, pelarian, kebuluran,
membuatkan diri berfikir
betapa hampirnya kita dengan
kehancuran dan penderitaan
jika tidak dilindungi
oleh sebuah entiti
bernama negara yang kita duduki.

Lantas hati pun memanjat kesyukuran
dan berdoa agar berkekalan
keamanan dan kestabilan.

O ibu pertiwi, tanah tumpah darah ini
yang memayungi, yang meneduhi
kehidupan kita, keluarga kita, kepercayaan kita, kebebasan kita
jangan ia dimusnahkan oleh kebencian
merdeka dan dirgahayu dalam kesejahteraan.

Rifhan Rasuli, Ogos 2021
Rompin, Pahang

Tinggalkan komen