Archive for November 10, 2008

Demi Hati

open-sky

Semua ini berbaloi, hatinya berkata

malah lebih daripada itu, ia adalah sesuatu yang perlu.

 

Aku pernah melihat kepedihan di matanya

yang mengalir di antara perbukitan sepi

ia adalah sesuatu yang meskipun aku,

tidak mampu menuliskannya.

 

Luka dan duka, membingkisi sekeping hati

menjadi sebaris pelangi

menghilang dalam fantasi.

 

Dan tanpa kusedari, aku telah menjadikannya

boneka tanpa perasaan

lalu di matanya kulihat kepedihan yang menikam.

 

Kepedihan itu kemudiannya menusuk pangkal jantungku

kerana ia seakan berkata:

engkau hanyalah seorang celaka berdarah dingin

tanpa jiwa dan belas kasihan.

 

 

Rifhan Rasuli, November 2008
Dublin